Wednesday, February 15, 2012

10 Sebab Mengapa Twitter Lebih SEKSI Dari Facebook


Ramai orang tahu bahawa ruangan social networking ni banyak kegunaannya selain daripada berkomunikasi dengan saudara-mara mahupun sahabat handai yang berjauhan (dekat-dekat pun kontek guna tu jugak sebab nak jimat kredit). Selain daripada berkomunikasi dengan individu yang sudah kita kenali di alam nyata, ianya jugak memudahkan kita untuk mencari kenalan baru melalui ruang maya ini. Fenomena ini sudah lama berlaku lama semenjak kebangkitan Friendster pada tahun 2003 lagi. Kesan dari perkembangan tersebut, adalah tidak mustahil untuk kita mempunyai kenalan yang berasal dari luar negeri meskipun tak pernah bersua muka. Hebat bukan?

Itu baru nak cari kawan baru beb, sedarkah korang medium social networking ni jugak digunakan oleh si jejaka pemalu untuk memburu sang kekasih hati idaman kalbu?. Benda ni aku dah ulas dalam entry Mei lepas di sini, so aku nak malas nak cakap lebih pasal tu lagi dah. Walaubagaimanapun, korang mungkin tertanya-tanya kenapa Twitter lebih SEKSI dari Facebook? Sebabnya begini, faktor utama yang menyukarkan para jejaka miang pemalu nak tackle awek dalam Facebook adalah kerana dalam segala aktiviti 'memburu awek' mereka akan dapat diketahui oleh para ahli keluarga dan kengkawan mereka. So, korang pikir sendiri camno nak jawab kalau dah terkantoi beb.

Lagi satu dalam Twitter ni suasananya agak anonymous sikit so nak tekel menekel tu mungkin agak selamatlah keadaannyer (walahualam). So, apa pandangan korang? aku nak tanya para jejaka sekalian pernah tak korang menekel awek dalam Twitter sebelum ni?. Ataupun korang guna Twitter sebab senang nak kacau selebriti kan. Hahaha  
 



 

Wednesday, February 8, 2012

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Perkhidmatan Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia. Perkhidmatan feri terkenal ini dihubungkan antara terminal feri Pulau Pinang di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay di George Town di Pulau Pinang.

Sejarah

Perkhidmatan feri pertama di Pulau Pinang bermula sejak tahun 1894 oleh seorang pengusaha persendirian, Encik Quah Beng Kee dan saudara-saudaranya (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1981). Walau bagaimanapun, reka bentuk feri pada masa itu bukan seperti yang dapat disaksikan pada hari ini, feri pada masa itu hanya merupakan lanci-lanci kecil yang menggunakan kuasa wap untuk berjalan (Mahanum Ghazali, 1995). Feri itu juga hanya dapat mengangkut penumpang dan barang-barang yang terhad sahaja kerana pada masa itu masih belum ada kenderaan bermotor (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1981). Manakala lokasi pendaratan feri pada waktu itu adalah diantara Jeti Kedah di Pulau Pinang dan beberapa tempat pendaratan di Seberang Perai (Mahanum Ghazali, 1995). Perkhidmatan feri yang dapat mengangkut kenderaan bermotor hanya bermula selepas Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang (LPPP) mengambil alih pengurusan dan penyeliaan feri pada Disember 1924. Pada tahun berikutnya, perkhidmatan ini telah dikendalikan di jeti yang khusus, iaitu Jeti Lebuh Gereja di Pulau Pinang dan Jeti Mitchell di Butterworth. Pada masa itu, hanya terdapat satu feri berkuasa wap bernama “Seberang” yang dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura sahaja yang beroperasi untuk memuatkan penumpang pejalan kaki dan kereta-kerata (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977).

Sejak perkhidmatan feri diperkenalkan, sambutan daripada penduduk-penduduk sekitar Pulau Pinang dan Butterworth semakin ramai. Justeru, jeti-jeti yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan penduduk menyebabkan LPPP terpaksa membesarkan jeti-jeti berkenaan, dan penambahan lagi dua buah feri yang lebih besar (Tanjung dan Kulim) juga telah dilakukan (Mahanum Ghazali, 1995). Ketiga-tiga feri itu beroperasi pada kadar setengah jam satu feri. Pada tahun 1983, sebuah feri yang lebih besar lagi telah dibeli dan diberi nama Bagan digunakan untuk mengangkut penumpang-penumpang yang semakin bertambah. Meskipun begitu, pada tahun 1941 hingga 1945, perkhidmatan feri telah lumpuh kerana dilanda perang dunia kedua, ketika tentera Jepun menjajah Tanah Melayu (Mahanum Ghazali, 1995). Perkhidmatan feri telah dipulihkan selepas perang dunia ke-2 pada tahun 1945 oleh pentadbiran tentera British. Malangnya, feri-feri yang sedia ada telah dimusnahkan semasa peperangan, maka kapal-kapal tongkang yang mempunyai dek dan ditunda dengan lanci telah digunakan untuk tujuan pengangkutan (Mahanum Ghazali, 1995). Setelah LPPP diberkan nafas baru pada April 1946, lembaga ini telah mengambil alih perkhidmatan feri ini. Di samping itu, 4 buah kapal perisal pendarat pihak tentera British turut diubahsuai untuk menyediakan kemudahan tempat duduk bagi penumpang (Mahanum Ghazali, 1995).

Jumlah pengangkutan bermotor yang dikendalikan telah meningkatkan dengan pesatnya daripada 247,000 buah kenderaan pada tahun 1946 bertambah kepada 717,000 buah pada tahun 1956, dan meningkat lagi ke paras 814,000 buah pada tahun 1958 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Memandangkan permintaan untuk perkhidmatan feri kian meningkat saban tahun, maka satu perancangan telah dilakukan untuk memodenkan perkhidmatan feri secara keseluruhan pada tahun 1953. Merentasi tahun 1959, feri-feri yang lama dan uzur telah digantikan dengan 5 buah feri baru yang boleh memuat dan memunggah di kedua-dua hujung feri dalam kategori kelas Aman (Mahanum Ghazali, 1995). Disebabkan permintaan yang semakin bertambah, pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah membeli sebuah feri lagi pada tahun 1965 dan dua buah feri lagi pada tahun 1971. Dengan 8 buah feri ini, perkhidmatan feri ini telah ditingkatkan dengan sebanyak 1699 400 buah kenderaan pada tahun 1968 berbanding hanya 776 500 buah pada tahun 1959. Manakala pada tahun 1971, peningkatan terhadap penggunaan perkhidmatan feri ini bertambah lagi kepada 3098 500 buah kenderaan dan 15 juta penumpang pejalan kaki (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977).

Permintaan yang semakin meningkat telah memaksa pihak pentadbiran feri, SPPP menjalankan satu kajian pada tahun 1968 untuk menganalisis tingkatkan kedayaan perkhidmatan feri ini. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa 8 buah feri dan pangkalan feri yang sedia ada telah mencapai had kedayaan mengendalikan kenderaan maksimum (Mahanum Ghazali, 1995). Pada Jun 1971, SPPP telah melancarkan Projek Pengeluasan Feri di bawah Rancangan Malaysia ke-2 dengan peruntukan sebanyak $ 17.5 juta (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Projek ini melibatkan pembinaan terminal feri yang mampu mengendalikan 2 feri pada masa serentak. Terminal baru ini terletak bersebelahan dengan terminal lama untuk memudahkan kawalan trafik dan kecekapan operasi. Pangkalan feri dua tingkat ini dirasmikan pada 16 Januari 1977 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Terminal feri ini juga berupaya melakukan kerja-kerja pemunggukan kenderaan dan penumpang pejalan kaki sekaligus (Mahanum Ghazali, 1995). Pihal SPPP turut membeli 3 buah feri baru yang direka bentuk khas untuk pangkalan baru ini. Feri-feri ini akan digunakan untuk mengangkut kenderaan sahaja di dek atas dan bawah. Dengan adanya feri-feri ini, pihak SPPP berharap dapat mengurangkan masalah trafik yang semakin meruncing (Mahanum Ghazali, 1995).

Pada tahun 1981, 3 lagi feri baru kelas Rimau telah dibeli oleh pihak SPPP. Pada tahun 1984 merupakan tahun kemuncak bagi permintaan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Jumlah kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri telah bertambah 5% untuk kereta dan 10% untuk lori berbanding tahun sebelumnya. Bilangan motosikal sahaja yang menggunakan perkhidmatan feri telah mencecah angka 6.8 juta unit (kiraan trafik 2 hala), manakala jumlah penumpang meningkat kepada 22. 2 juta orang (Mahanum Ghazali, 1995). Pada tahun 1987 pula, jumlah trip perjalanan feri telah mencatat yang tertinggi berbanding tahun-tahun yang lepas, iaitu 137 128 trip sehala (79 490 oleh feri lama dan 57 638 oleh feri baru). Jumlah trip ini sepatutnya akan meningkat dengan lebih baik lagi pada tahun-tahun akan datang, malangnya disebabkan peristiwa Jeti Runtuh pada 31 Julai 1988 telah menyebabkan pangkalan jeti lama tidak boleh lagi digunakan untuk mengangkut penumpang (Mahanum Ghazali, 1995). Memandangkan perkhidmatan jeti lama di Pangkalan Sultan Abdul Halim tidak mungkin dapat dipulihkan lagi, banyak feri lama telah direhatkan dan tidak digunakan lagi sejak Disember 1993. Dengan struktur organisasi pada tahun 1995, hanya menggunakan satu pangkalan (pangkalan kenderaan) dan lima buah feri dalam setiap hari operasi (6 buah pada hari kelepasan umum, cuti sekolah dan hari perayaan), pihak feri cuba memenuhi permintaan pengguna dengan meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan (Mahanum Ghazali, 1995).

Pada masa kini, pelabuhan Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan feri mulai jam 5.30 pagi sehingga 1.00 pagi menghubungkan Georgetown di bahagian pulau dan Butterworth di tanah besar. Perkhidmatan feri ini beroperasi dengan lapan buah feri (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Feri-feri tersebut yang membawa penumpang pejalan kaki dan kenderaan di dek atas dan kenderaan di dek bawah tersebut berlepas dari terminal setiap lapan minit pada waktu puncak dan frekuensinya berkurangan menjelang tengah malam. Perjalanan feri mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk menyeberang selat sepanjang 3.2 kilometer Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Jumlah keseluruhan trafik feri dalam tahun 2006 termasuk semua perkhdimatan seperti pejalan kaki, basikal, motosikal, kereta dan lori telah meningkat 1.1% daripada 5.859 juta unit pada tahun 2005 kepada 5.922 juta unit (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Pelabuhan Pulau Pinang telah menetapkan beberapa peningkatan harga tiket terhadap perkhidmatan komersil dan pengguna awam. Dengan kos yang baru dan komitmen terhadap pembangunan perkhidmatan, satu tarif baru harga tiket telah diperkenalkan dan sedang dilaksanakan sejak 1 Mei 2005 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007).

KENALI SEJARAH PULAU PINANG



DIKENALI JUGA PULAU MUTIARA

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).  Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.  Kapten Francis Light: Pengasas atau perampas?Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah. Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah. Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.  Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.   Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.
Apa Yg Menarik Disana ?
Menjejak sejarah Pulau Pinang yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia tidak lengkap jika tidak singgah di Fort Cornwallis, kota pertahanan dan pusat pentadbiran yang binaan asalnya dikatakan menggunakan batang nibung.  KEPINGAN papan yang menjadi pelantar pejalan kaki sudah agak lusuh, tetapi untuk penghuni perkampungan air berdekatan pusat bandar Georgetown, Pulau Pinang, ia menyimpan sejarah panjang menjangkau hampir 150 tahun.  Rumah pertama dibina pada 1860-an oleh pemuda dari wilayah Fujian, China yang merantau untuk berkerja sebagai kuli di Pulau Pinang yang ketika itu berkembang maju sebagai pelabuhan selepas dibuka Kapten Francis Light pada 1786. Sejak itu, ia berkembang kepada beberapa perkampungan air menempatkan sebilangan puak hidup harmoni dalam koloni masing-masing iaitu jeti Chew (paling besar), jeti Lee, Tan dan Yeoh.  Kini, penempatan di kawasan dikenali sebagai Weld Quay menjadi antara tarikan sejajar dengan pengiktirafan Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Sedunia (Unesco), pada 7 Julai tahun lalu.  Jejak warisan di Pulau Mutiara ini bagaimanapun, tidak akan lengkap jika tidak singgah di Fort Cornwallis, kota pertahanan dan pusat pentadbiran yang binaan asalnya dikatakan menggunakan batang nibung pada 1786.  Tiga tahun kemudian, ia dibina semula bagi memenuhi keperluan sebagai pusat pentadbiran dan pangkalan tentera sejajar dengan perkembangan kuasa empayar British di rantau ini.   Sejarahnya, seperti yang dapat dihayati di galeri pameran, berkait rapat dengan usaha pemodenan pulau ini. Selain menempatkan gereja kecil, ia juga menempatkan rumah api - uniknya, di tengah pusat bandar dan masih berkhidmat sebagai panduan arah kepada kapal dagang.  Catatan penting yang tidak boleh dipinggirkan mengenai kota di Jalan Tun Syed Sheh Barakabah ini adalah kisah menarik mengenai meriam bernama Seri Rambai, yang dikatakan bermula sejak 1603.  Asalnya, Belanda menghadiahkan meriam ini kepada Sultan Johor, tetapi ia dibawa ke Acheh, Indonesia dan kemudian diletakkan di Kuala Selangor. Pada 1871, ia dirampas oleh British dan diletakkan di lokasi sedia ada iaitu satu sudut kota itu.  Menghala ke pusat bandar, pengunjung dibawa menghayati keindahan bangunan warisan kolonial dengan seni bina Anglo-India dengan pengaruh reka bentuk Cina. Perluasan kuasa Inggeris dan perkembangan pulau ini juga menarik kedatangan pedagang dari serata dunia.  Pelbagai nama jalan utama membuktikan penempatan awal masyarakat pelbagai bangsa. Orang Eropah ditempatkan di Lebuh Light, keturunan Serani (Lebuh Bishop), pedagang Cina (Lebuh China), pedagang India (Lebuh Chulia) dan pedagang Aceh (Lebuh Aceh).   Pendatang dari wilayah India Selatan dikatakan membina deretan rumah kedai sepanjang Jalan Chulia (dulu dikenali sebagai Malabar Street), King Street and Queen Street, kawasan yang kini tersohor dengan jolokan Little India.  Pulau ini juga menjadi transit untuk pedagang yang ingin belayar ke India dan Timur Tengah. Masjid Kapitan Keling umpamanya, menjadi tempat berhimpun jemaah haji dari Tanah Melayu, Thailand dan Sumatera sebelum berangkat ke Mekah dengan kapal laut.  Lebuh Armenian dan Lebuh Acheh pula menyimpan sejarah dan gaya hidup glamor golongan atasan suatu ketika dulu. Hartawan terkemuka, Syed Alatas yang menemui kekayaan dengan perdagangan antara Pulau Pinang dan Acheh pernah mendiami banglo dua tingkat di Lebuh Acheh.  Jalan sama turut menempatkan Masjid Melayu Lebuh Acheh, manakala Lebuh Armenian pula mendapat namanya daripada warga Armenia berketurunan Yahudi, Sarkies, yang bertanggungjawab membuka hotel The Eastern & Oriental yang amat popular sekitar 1920-an.  Pertembungan Timur dan Barat dapat disaksikan dengan jelas jika anda singgah ke Muzium Peranakan Pulau Pinang di Jalan Gereja. Menariknya, pemilik rumah agam ini adalah Kapitan Chung Keng Kwee, ketua puak Hai San, yang terbabit dalam Perang Larut antara 1860-an dan 1884.  Walaupun bukan berasal daripada keturunan Baba hartawan yang meraih kekayaan hasil perlombongan bijih timah di Perak ini membina rumah yang sarat dengan jiwa Peranakan ini pada abad ke-19.  Pengunjung dapat menyaksikan pakaian, perabot dan pinggan mangkuk yang digunakan bagi menggambarkan kedudukan ahli keluarga masyarakat atasan ketika itu. Malah, rumah itu turut menempatkan koleksi kebaya dan kuil untuk acara keagamaan keluarga besar ini.  Kongsi Khoo berusia lebih 100 tahun di Lebuh Cannon pula membawa pengunjung mengembara ke Dinasti Ching dengan reka bentuk bangunannya seperti perkampungan Cina pada abad ke-19. Kuil dalam kongsi ini pernah diabadikan dalam satu babak filem Hollywood, lakonan Jodie Foster pada 1999.  Menariknya, kompleks kediaman yang dilengkapi pentas opera, rumah kedai, pejabat pentadbiran ini juga mempunyai pertalian dengan tokoh perniagaan terkemuka negara termasuk Tan Sri Francis Yeoh dan aktres antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh.
INFO
1. Tapak Warisan Dunia meliputi bangunan bersejarah di Lebuh Acheh, Masjid Melayu Lebuh Acheh,
Masjid Jalan Mesjid Kapitan Keling, Goddess of Mercy Temple, Kuil Mariamman Temple, Kongsi Khoo, Gereja St George dan Assumption Church.
2. Selain itu, St Xavier's Institution, Convent Light Street, Little India, muzium dan mahkamah, bangunan komersil sepanjang Beach Street, Fort Cornwallis, Esplanade, City Hall dan perkampungan air di Weld Quay.
Jejak warisan Pulau Pinang mengambil masa antara dua dan tiga jam. Selain menghayati bangunan warisan, pengunjung boleh mencuri masa untuk mengunjungi kedai di sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling sehingga ke Lebuh Pasar.
3. Selain hidangan nasi kandar, pastikan anda singgah untuk menikmati rojak pasembor dan laksa di medan selera berhampiran dengan Esplanade atau gerai penjaja di Gurney Drive.

Sunday, February 5, 2012


TEKNIK BRACKETING


HDR yang menggunakan bracketing

imej pertama, 0.0 imej kedua, +2.0 imej ketiga, -2.0
Untuk menghasilkan gambar HDR, anda perlu mengambil beberapa kali exposure dengan berlainan nilai. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan exposure bracketing.
Tekan butang BKT dan pusing Command DIal untuk aktivate bracketing
3F bermaksud 3 FRAME dgn beza 2 stop brightness setiap satu.
Di dalam canon hari ini, Exposure bracketing lebih mudah. Maksud setting diatas adalah 3 Frame dengan 2 Stop Exposure setiap satu.
 

Perut Buncit


7 Cara Kempiskan Perut Buncit

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!

Bahaya Kepak Ayam Pada Perempuan

email
Bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang wanita kerana mempunyai sejenis steroid yang boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman.
Related Posts with Thumbnails
email
Bahaya Kepak Ayam Pada Perempuan | Bahan steroid dalam ubat suntik daging ayam ternak boleh menyebabkan pertumbuhan sista (cyst) dalaman. Oleh itu elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita (lelaki pun sama).

Kepak ayam memang sedap tapi…
Kisah Benar, Seorang rakan wanita baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Leher ayam turut punyai bahayanya tersendiri
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan ayam kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.
Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam. Wallahualam.